salam...n weehooo ~ ~
tgk pic2 yg tersimpan dlm laptop...tetiba je rasa nak tulis pasal PUO...
sapa2 yg xbiasa dengar mesti tertanya2 apa tu PUO...
PUO , Politeknik Ungku Omar...yang terletak di Ipoh,Perak..
kat sini la tempat ku menuntut ilmu (Diploma)...semestinya menjadi kebanggaan ku...~
walaupun first time dtg poli tu, mcm2 benda yg bermain difikiran...hurmm
" kat sini ke nak blaja 3 tahun?? "
" mcm sekolah je bangunan...buruk " ... hahaha
biasa lah politeknik pertama kat Malaysia...kata orang politeknik paling unggul...cewahhh...
tapi sekarang, bermula tahun 2011 PUO dapat pengiktirafan sebagai Politeknik Premier..
so, start dari situ banyak bangunan dan blok2 dah dibangunkan....
bermula la kehidupan sebagai pelajar semester 1 di sini...dari situ ku kenal erti berdikari...selama ni tak pernah lagi berjauhan dengan family lama2....paling lama pun 3 bulan.semasa PLKN...tapi kali ni 3 tahun...masa tu rasa 3 tahun tu lamaaaa sangatttt....tapi demi ilmu punya pasal...pegi jelah...
Pertama kali merasai Minggu Orientasi...yang dipanggil Minggu Suai Kenal ( MSK)
dapat ramai kawan2 baru...heee =)
bermula lah life ku sepanjang 3 tahun....
berkumpul ketika aktiviti polibriged ( pelajar sem 1 )
Pertandingan Nasyid peringkat Politeknik
Majlis Anugerah Ketua Jabatan
Khemah Ibadah Kamsis
Makan Malam Protokol
perbentangan projek marketing
Bersama budak2 DAT 1B
berkumpul untuk gotong royong di Kamsis
selesai sudah....English theater kami
gerai DAT di majlis Konvokesyen
kami jual float, aiskrim, rojak buah dan dadih
makan malam polybriged sem 1
Program Mentor Mantee
trip MICPA...( talk ) Minggu Akauntansi
group sukaneka semasa Minggu Akauntansi
lawatan ke kilang HPA di Perlis
semasa di dalam kilang memproses kopi Radix
lawatan budak2 DAT B ke Perlis
team explorace
aktiviti explorace
lawan paintball
projek usahawan
Menjual make-up , kismis minda , cookies ~
wif my besfren...cheah luan ching...miss u dear~
bersama mak n abah saya di majlis konvokesyen PUO
Dengan itu, Tamat sudah pengajian saya selama 3 tahun di PUO...
sangat2 berterima kasih kepada kedua2 ibu bapa sy yg byk bekorban segala2 nya...nak tulis mmg x terhitung...terima kasih jgk kepada warga pendidik PUO...hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa anda mendidik kami...terima kasih jugak kepada rakan2 seperjuangan...
sesungguhnya perjalanan selama 3 tahun di PUO banyak suka duka yg terjadi pada diri saya..
ia mematangkan saya dalam segala segi...gambar yg saya share tadi, menggambarkan serba sedikit pengalaman dan kenangan sy...selebihnya biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya..
sekian ~ with love, alia